Assalamualaikum...
Hai...
Hai...
Hamboi
kemain tuh tajuk post "About Me",hehehe. Jom kita perkenalkan diri
sekarang,ok kita nak mula dengan apa dulu ye? Eh eh eh,sudah gaharu
cendana pula dah tahu gedik lagi nak tanya?
Opkos la mula dengan nama dulu kan?haha
Opkos la mula dengan nama dulu kan?haha
Ok
kita kenalkan dengan nama panggilan manja je la ye. Orang panggil kita
Gee je. Nama penuh takyah tahu la sebab kalau perkenalkan nama penuh
macam yang tercatat dalam IC tu nanti mesti ramai yang akan kena virus
polis pencen. Ye la mana taknya, nama manja kita memang tak sama
langsung dengan nama dalam IC kita tu. So kita rasa ada baiknya kalau
korang semua tak perlu ambek tahu.
Kita
lahir tahun Rimau tapi tak bermakna kita ni garang macam rimau
sipi-sipi tu mungkin ada la kut,hahaha. Kita anak nombor 3 dari 5 adik
beradik, kita ada 2 orang abang dan 2 orang adik perempuan. Kiranya kita
ni kak long kawasan la sebab kita anak perempuan sulung, patutnya dulu
kita ni anak bongsu tapi entah macam mana mak ngan ayah boleh terbabas
pulak. Ye ke mak ngan ayah terbabas? Yela macam mana kita tak nak
pertikaikan kalau sorang mungkin la terbabas betul kot tapi ini 2 orang
dah la jarak umur setahun sorang depa 2 orang tuh,hahaha. Beza umur kita
ngan abang dan adik punya la jauh sampai 5 tahun haaaa, kesian kat kita
baru fefeeling nak jadi bongsu dah kena tukar title jadi kakak pulak.
Kejam tau!!!sobsobsob.
Erm
apa lagi nak bagitahu ye? Oh marital status? Ok kita dah kahwin to a
man dan kita jugak dah join club mak-mak secara rasminya to a super
adorable doter. (kalau bukan kita yang nak puji anak kita sapa lagi kan? Mohon jangan muntah hijau muntah pelangi takpe kot,haha.)
In Shaa Allah dengan izin Allah s.w.t tahun depan ahli keluarga kita
akan bertambah lagi sorang kut, korang doakan untuk kita tau.
Kerja???
Pernah kerja dengan Tekun Nasional almost 4 years lepas tu resign,
sebab resign tu biarlah rahsia. Hambek ko, tajuk lagu dato CT pun kita
bantai. Boleh gitu? Hahaha. La ni pulak kita kerja dengan Ruzda
Resources Sdn Bhd, nak masuk tahun ke 6 dah kita duk jatuh bangun
tergolek mengesot dan sebagainya la dengan syarikat fabrikasi logam ni.
Kalau setakat nak upah buat cargo container tu pejam mata je kita boleh
buat tapi dalam mimpi la,hahaha. Ok fine tak lawak pun,dah jangan nak
tayang muka lemas bau tempoyak!!!
Kita sangat-sangat
suka makan sebab itu fizikal kita gebu gebas sikit,haha...East or West
semua tekak dan perut kita boleh bantai, alhamdulillah jenis tak cerewet
sangat, ye ke???hahaha...Sangat-sangat suka dengan cerita Tamil.
Kenapa...Mengapa...Nanti ada kelapangan In Shaa Allah kita huraikan
lebih detail dalam next entri. Kita juga merupakan peminat tegar Running
Man sebab rancangan ni boleh buat stress kita hilang dengan serta merta
kalau korang tak percaya cuba google one episode, tengok dan pastinya
korang akan terus google dan google next episodenya.
Boleh
dikategorikan sebagai seorang yang kasar sikit ala-ala kak long kawasan
gitu cuma sejak tukar status ni watak kak long kawasan tu tak berapa
nak menyerlah sangat dah tapi tak bermakna kita berubah 360 darjah
celcius. Mungkin 180 darjah celcius je kot sebab kita tak reti la nak
control ayu macam ayu sleeping ayu sleeping,haaaa tengok lalut dah lalut
dah!!!hahaha. Lagi satu kita tak reti la nak catwalk macam supermodel
tu, seksa kita tengok tau dah macam itik gembo-gembo ayam kedek-kedek
bila tembo..Dah kita bantai pulak lirik lagu AtoZ Band,hahaha.
So, this is ME!!!
Nah ambik mmmmuuuuaaaahhh setepek sorang satu!!!
Oh lupa lagi satu,sebenarnya kita ada satu lagi blog https://inibeloggeemaryam.blogspot.com/
tapi blog ni kita baru lagi create, In Shaa Allah lepas ni kalau ada kelapagan kita akan cuba update slow-slow okey?bye semua.