Bar Link Menu

animated flower

Selamat Datang


Welcome To My Blog

My Lovely Followers

Powered By Blogger

visitor's

Sunday, December 4, 2016

About Me! Gee Maryam!

Assalamualaikum...

Hai...
Hamboi kemain tuh tajuk post "About Me",hehehe. Jom kita perkenalkan diri sekarang,ok kita nak mula dengan apa dulu ye? Eh eh eh,sudah gaharu cendana pula dah tahu gedik lagi nak tanya?
Opkos la mula dengan nama dulu kan?haha

Ok kita kenalkan dengan nama panggilan manja je la ye. Orang panggil kita Gee je. Nama penuh takyah tahu la sebab kalau perkenalkan nama penuh macam yang tercatat dalam IC tu nanti mesti ramai yang akan kena virus polis pencen. Ye la mana taknya, nama manja kita memang tak sama langsung dengan nama dalam IC kita tu. So kita rasa ada baiknya kalau korang semua tak perlu ambek tahu.

Kita lahir tahun Rimau tapi tak bermakna kita ni garang macam rimau sipi-sipi tu mungkin ada la kut,hahaha. Kita anak nombor 3 dari 5 adik beradik, kita ada 2 orang abang dan 2 orang adik perempuan. Kiranya kita ni kak long kawasan la sebab kita anak perempuan sulung, patutnya dulu kita ni anak bongsu tapi entah macam mana mak ngan ayah boleh terbabas pulak. Ye ke mak ngan ayah terbabas? Yela macam mana kita tak nak pertikaikan kalau sorang mungkin la terbabas betul kot tapi ini 2 orang dah la jarak umur setahun sorang depa 2 orang tuh,hahaha. Beza umur kita ngan abang dan adik punya la jauh sampai 5 tahun haaaa, kesian kat kita baru fefeeling nak jadi bongsu dah kena tukar title jadi kakak pulak. Kejam tau!!!sobsobsob.

Erm apa lagi nak bagitahu ye? Oh marital status? Ok kita dah kahwin to a man dan kita jugak dah join club mak-mak secara rasminya to a super adorable doter. (kalau bukan kita yang nak puji anak kita sapa lagi kan? Mohon jangan muntah hijau muntah pelangi takpe kot,haha.) In Shaa Allah dengan izin Allah s.w.t tahun depan ahli keluarga kita akan bertambah lagi sorang kut, korang doakan untuk kita tau.

Kerja??? Pernah kerja dengan Tekun Nasional almost 4 years lepas tu resign, sebab resign tu biarlah rahsia. Hambek ko, tajuk lagu dato CT pun kita bantai. Boleh gitu? Hahaha. La ni pulak kita kerja dengan Ruzda Resources Sdn Bhd, nak masuk tahun ke 6 dah kita duk jatuh bangun tergolek mengesot dan sebagainya la dengan syarikat fabrikasi logam ni. Kalau setakat nak upah buat cargo container tu pejam mata je kita boleh buat tapi dalam mimpi la,hahaha. Ok fine tak lawak pun,dah jangan nak tayang muka lemas bau tempoyak!!!

Kita sangat-sangat suka makan sebab itu fizikal kita gebu gebas sikit,haha...East or West semua tekak dan perut kita boleh bantai, alhamdulillah jenis tak cerewet sangat, ye ke???hahaha...Sangat-sangat suka dengan cerita Tamil. Kenapa...Mengapa...Nanti ada kelapangan In Shaa Allah kita huraikan lebih detail dalam next entri. Kita juga merupakan peminat tegar Running Man sebab rancangan ni boleh buat stress kita hilang dengan serta merta kalau korang tak percaya cuba google one episode, tengok dan pastinya korang akan terus google dan google next episodenya.

Boleh dikategorikan sebagai seorang yang kasar sikit ala-ala kak long kawasan gitu cuma sejak tukar status ni watak kak long kawasan tu tak berapa nak menyerlah sangat dah tapi tak bermakna kita berubah 360 darjah celcius. Mungkin 180 darjah celcius je kot sebab kita tak reti la nak control ayu macam ayu sleeping ayu sleeping,haaaa tengok lalut dah lalut dah!!!hahaha. Lagi satu kita tak reti la nak catwalk macam supermodel tu, seksa kita tengok tau dah macam itik gembo-gembo ayam kedek-kedek bila tembo..Dah kita bantai pulak lirik lagu AtoZ Band,hahaha.

So, this is ME!!! 
Nah ambik mmmmuuuuaaaahhh setepek sorang satu!!!

Oh lupa lagi satu,sebenarnya kita ada satu lagi blog https://inibeloggeemaryam.blogspot.com/
tapi blog ni kita baru lagi create, In Shaa Allah lepas ni kalau ada kelapagan kita akan cuba update slow-slow okey?bye semua.